7 April 2021 | Putrajaya

Jawatankuasa Audit, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah mengadakan satu Mesyuarat Jawatankuasa Audit (MJKA) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Bil. 1 Tahun 2021 pada 7 April 2021 bertempat di Bilik Persidangan, Aras 11, Jabatan Peguam Negara, Putrajaya.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Abdul Razak bin Musa, Peguam Cara Negara, Jabatan Peguam Negara merangkap Pengerusi Jawatankuasa Audit.