Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, TYT Brian McFeeters serta wakil-wakil daripada Kedutaan Amerika Syarikat telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Tan Sri Idrus bin Harun, Peguam Negara pada 14 April 2021 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat, Aras 16, Jabatan Peguam Negara, Putrajaya.
Hadir sama YBhg. Dato' Abdul Razak bin Musa, Peguam Cara Negara dan YBhg. Dato' Haji Nik Suhaimi bin Sulaiman, Ketua Bahagian Pendakwaan.